...HaPPy BiRtHDay To You..

Lilypie

Sunday, May 10, 2009

UnTukMu Yg TerSaYaNg......


Lagu ini khas ditujukan buat kedua ayah dan mak Yan...Encik Halmi Bin Abdul Rahman dan Puan Norzaidah Bt Hj Abd Rahman.....Even 10 Mei 2009 ini merupakan Hari Ibu....Yan tetap menganggap ayh Yan pn turut diraikan smsa Hari Ibu...n Kalo tme Hari Bapa plak mak Yan pn turut sama2 diraikan.....

Along syg sgt mak n ayh....
Jasa dan pengorbanan kalian mmg tidak dpt anakanda bls...
Sesungguhnya hanya Allah shj yg mampu membalasnya....
Doaku semoga kalian berbahagia hendaknya di dunia dan akhirat bersama anakanda2mu ini....
Amin...

Album : Diari Rindu
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com

Untukmu yang tersayang
bermain di fikiran
apakah masih ada ruang
untuk bersama

padamu ayah bonda
permata hati bersinar
doa yang ku damba untukmu
tanda cintaku
tanda kasihku

lihatlah diriku ini
hasil titik peluhmu mendidik
hingga ku genggam bintang di langit
indah terang bercahaya
anak soleh idaman insan bertaqwa
kan terkota akhirnya
gerbang bahgia setia menanti
tanda keikhlasan hati ini
pengorbananmu menggunung tinggi
kasih sayang mu bima sakti
tiada cara untukku atasi
mulianya dirimu di sisi Yang Esa
kau permata hatiku
ayah dan bonda


TiTipan Dr eMaiL PeMBaCa di WeB SaBahan.Net...
Yan Nk SHare KisaH Ni seBaGai inGataN aGr Kte LeBih MenGHarGai KeDua iBu BaPa Kte...

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu.

Amatlah berdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti mana kemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utara tanah air.

Kata Adi, dia terpanggil menulis untuk berkongsi pengalamannya setelah membaca kisah yang disiarkan dalam ruangan ini pada 17 Ogos lalu mengenai kehidupan seorang ibu yang terbiar.

Kehadiran surat Adi berkongsi rasa amat disanjung tinggi. Kisah Adi akan menjadi teladan agar menghargai ibu juga bapa kerana mereka satu-satunya harta paling berharga yang tiada tandingannya di dunia ini.

Begini kisah Adi: “Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an. Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.

“Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapat anugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas, malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.

“Bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibu tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung.

“Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab ke atas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir dengan rumah ibu untuk menjaganya.

“Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar, manakala saya merupakan anak kampung sejati.

“Seperti biasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentu mengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekok dengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan.

“Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut saya tinggal di kampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serba moden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.

“Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepas dua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji, sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknya hanya 200 meter sahaja dari rumah ibu.

“Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, saya tidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancangan asal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetap keseorangan.

“Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sana alasannya, rumah nenek kotor dan berbau.. Maklumlah rumah kampung.

“Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibu saya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanya khabar.

“Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidak bersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macam lagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggang dari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memang jika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasan sudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.

“Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakit jantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhan di sekolah, yang perempuan pula sangat lembam dalam pelajaran. Anak-anak yang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidak ada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wang ringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.

“Kebanyakan masa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantar anak-anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehingga saya tidak ada masa untuk ibu sendiri.

“Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwah bapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwah bapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malam berturut-turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjadi takut.

“Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Serta merta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangis semahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikan tanggungjawab sebagai anak.

“Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allah kepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalah kepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidak menjaga ibu?

“Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampun daripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat.

“Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak.

Saya jelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteri dan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Saya katakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yang mengabai dan menghina ibu saya.

“Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama pada malam itu dalam suasana yang cukup syahdu.

Ketika berpelukan saya, isteri dan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segala hal.

“Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutin harian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokong tindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutama kesihatannya.

“Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkan seorang diri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah.

“Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulan rumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelas mengaji untuk orang-orang tua.. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibu untuk dibawa pulang.

“Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti saya menghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktu kerja pada masa lalu.

“Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak boleh buat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dan sayu apabila teringatkan apa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.

“Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini.

“Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkan dosa saya.

Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati saya untuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan. Kini saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu. Alhamdulillah...’’ begitu Adi menutup kisahnya.

Dalam air mata yang masih bergenang di kelopak saya membaca kisah Adi berulang kali.

Terasa amat sebak di dada. Termenung panjang saya mengenangkan keluhuran budi seorang anak yang mengaku akan dosa dan kesilapannya terhadap ibu tersayang.

Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa mereka cepat insaf dan bertaubat. Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu.

Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibu bapa. Hargailah mereka.

Menutup kata:

Keindahan adalah budi pekerti. Kebaikan adalah kebajikan dan keluhuran budi dan keelokkan itu adalah cara bagaimana kita bermain dengan akal.

~!!..SeLinGKar KaSih iBu..!!~

Mari BerKOngsi aP Yg YaN Dpt Dr SeLinGKar KaSih iBu....
BuKan SeKaDar ReNunGan Ya....
eDisi SemPeNa HaRi iBu....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA KAUM HAWA YANG SUDAH BERGELAR IBU BAGI SETIAP ANAK YG DIKANDUNGNYA.
SEMOGA KITA SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN DARINYA SETIAP SAAT & WAKTU SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN.

!!..KiSaH seOraNg iBu Yg KeHaMPaaN..!!

Kisah 1

Si anak meminta si ibu mengejutnya pada waktu yang ditetapkan kerana si anak perlu datang awal ke tempat kerja. Tetapi, si ibu sudah terlupa untuk mengejutnya maka si anak ini pun sudah terlajak tidur. Si anak ini benar-benar berang kerana ibunya tidak mengejutnya awal-awal lalu mengambil tudung yang belum digosok dan disuakan depan muka ibunya.

‘Mak, nampak tudung saya ni? Pergi cepat gosok,’ perintah si anak.

Kisah 2

Si anak sedang memandu kereta sambil membawa ibunya. Disebabkan anaknya memandu terlalu laju, maka si ibu menegurlah si anak.

‘Bawaklah kereta tu perlahan sikit,” tegur si ibu.

Si anak yang sedang memandu itu mulalah berasa marah disebabkan teguran ibunya. Dengan serta-merta, dia memberhentikan keretanya, keluar dan membuka pintu penumpang.

‘Mak, tolong turun sekarang,’ perintah si anak.

Maka si ibu pun turunlah dan ditinggalkan seorang diri di tengah jalan.

Kisah 3 (Kisah ini diceritakan oleh anaknya kepada ibu saya dengan perasaan kesal)

Si ibu ini mengalami pendarahan sewaktu membuang air besar. Selepas seminggu barulah dia menceritakan masalahnya kepada anaknya. Si anak pun mahulah menghantar ibunya ke hospital. Sebelum ke hospital, ibunya berasa sangat lapar.

‘Aku lapar. Aku nak makan bubur sekejap,’ pinta si ibu.

‘Tak sempatlah mak. Balik nanti kita beli ek,’ pujuk si anak.

Ditakdirkan, si ibu ditahan di hospital kerana disahkan mengalami pendarahan usus yang kronik. Selepas beberapa hari koma, si ibu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa sempat menjamah bubur yang dipintanya.

Begitulah kisah seorang ibu yang kehampaan dalam mengharapkan secebis kasih sayang daripada anak-anaknya sehingga ke akhir hayatnya.

Ibu seorang boleh menjaga anak yang ramai. Tetapi anak yang ramai belum tentu dapat menjaga seorang ibu



Friday, May 8, 2009

!!~SeGaNNya......aDeyh~!!


aDuhai...

SeGaN BtuL RsaNy PeRisTiWa TgH aRi TaDi....

BoLeH PLak YaN LuPa Nk BaGi aDiaH kt OrG Yg TLg SaMPaiKan aDiaH....

MaaP SgT2 Ye UsTzH MuaFFaH....

aMpuN TuaNku BeRiBu-RiBu aMpun....

HuHu....

PaTutLa suMe PnDg PeLik Je....

xseDaR BtuL....

saBor Je La....

PenGaLaMaN MnGaJaR Kte...Ye x....????



ThaNKz BuaT KwN2 YaN Yg SuDi MeMbaNtu sCaRa LgsG MaHuPun x Lgsg....

EsPeCiaLLy BuaT FizaH...

ThaNkz 4 EveRyTiN' Ya....


TaHniaH BuaT PeMeNaNg aNuGeRaH KeLaS KoNDusiF.....

esPeCiaLLy My cLaSs...eVeN DPt TmPt KeTiGa....PraSeKoLaH BoLeH...!!~

seKaLung PenGhaRgaaN JuGa BuaT KLs2 Yg LeN...

suMe KLs BaTcH YaN SgT MaNTap DaN MenaRik...ChaiYok2...


Tuesday, May 5, 2009

~!!SiBuK BeTuLLa MiNggu Nie!!~

Sebagai seorang bakal guru akan datang.....
Pelbagai aktiviti telah disertai bagi melengkapkan diri sebagai seorang guru yang mantap dr sudut lahiriah dan zahiriah.....

So...
x leh la nk banyak merungut...
Sesungguhnya da itu yang telah tertulis utk kte....
Ye x kwn2...????
ehek....

Minggu ni mmg full dgn aktiviti2...
Yg juz aRound da corner ialah pd 7 Mei jap lg....
PISMP IPGM batch Yan ad Ujian Akhir Kursus subjek Hubungan Etnik....
Risau plak....
Tp buku x bace2 pown....
Sabo je la...
Ap org Indon bilang.......ahha 'Cool' beb...

Pastu sejam lepas test ktorg ad Bengkel Pengurusan Kls Yg Brkesan bwh subjek EDU.....
Cam bes je....
Byk aktiviti yg menarik....
Ad dpt2 hadiah lg nnt...
HiHi....
So....Excited u know...?????

Hari Sabtu plak.....9 Mei 2009 kls yan brgabung dgn kls 02 ad BIG kt Klang....
Brkhidmat komuniti plak kami....
Ehem...
Cbe tgok plbagai aktiviti kami di'train' agar menjadi seorg guru yg serba boleh dlm brkhidmat utk bangsa, agama, dan negara....

Majulah profesyen guru untuk kegemilangan semua...
Chaiyok...chaiyok....

Monday, May 4, 2009

~!!KauLaH SaHaBaT...KauLaH TeMan!!~


Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa
sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.


Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan
baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi
kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

kita kawan kan...???




LeT's CouNt My VisiTor