Kisah 1
Si anak meminta si ibu mengejutnya pada waktu yang ditetapkan kerana si anak perlu datang awal ke tempat kerja. Tetapi, si ibu sudah terlupa untuk mengejutnya maka si anak ini pun sudah terlajak tidur. Si anak ini benar-benar berang kerana ibunya tidak mengejutnya awal-awal lalu mengambil tudung yang belum digosok dan disuakan depan muka ibunya.
‘Mak, nampak tudung saya ni? Pergi cepat gosok,’ perintah si anak.
Kisah 2
Si anak sedang memandu kereta sambil membawa ibunya. Disebabkan anaknya memandu terlalu laju, maka si ibu menegurlah si anak.
‘Bawaklah kereta tu perlahan sikit,” tegur si ibu.
Si anak yang sedang memandu itu mulalah berasa marah disebabkan teguran ibunya. Dengan serta-merta, dia memberhentikan keretanya, keluar dan membuka pintu penumpang.
‘Mak, tolong turun sekarang,’ perintah si anak.
Maka si ibu pun turunlah dan ditinggalkan seorang diri di tengah jalan.
Kisah 3 (Kisah ini diceritakan oleh anaknya kepada ibu saya dengan perasaan kesal)
Si ibu ini mengalami pendarahan sewaktu membuang air besar. Selepas seminggu barulah dia menceritakan masalahnya kepada anaknya. Si anak pun mahulah menghantar ibunya ke hospital. Sebelum ke hospital, ibunya berasa sangat lapar.
‘Aku lapar. Aku nak makan bubur sekejap,’ pinta si ibu.
‘Tak sempatlah mak. Balik nanti kita beli ek,’ pujuk si anak.
Ditakdirkan, si ibu ditahan di hospital kerana disahkan mengalami pendarahan usus yang kronik. Selepas beberapa hari koma, si ibu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa sempat menjamah bubur yang dipintanya.
Begitulah kisah seorang ibu yang kehampaan dalam mengharapkan secebis kasih sayang daripada anak-anaknya sehingga ke akhir hayatnya.
Ibu seorang boleh menjaga anak yang ramai. Tetapi anak yang ramai belum tentu dapat menjaga seorang ibu
0 comments:
Post a Comment